
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Agak lama senyap dari menulis entri baru. Banyak sebenarnya ingin saya ceritakan. Namun kesuntukan masa dan tiada peluang.
Baru sahaja lepasa solat Jumaat. Tiba di pejabat dan keaadaan sunyi. Inilah saatnya menaip entri.
Semalam saya menukar cermin depan kereta waja saya. Lama juga cermin kereta saya sudah retak. Namun saya bertangguh.
Bila dah ada sedikit rezeki dan kelapangan, akhirnya saya tukarkan jua dengan cermin baru (double layer). Keselamatan kami sekeluarga lebih penting dari segalanya.
Alang-alang dah masuk kedai kereta, saya juga memasang tinted kereta. Barulah selesa memandu.
Posted from WordPress for Android
Demi keselamatan.. kenderaan perlu dipastikan dalam keadaan terbaik.
Eloklah ditukar kerana banyak kemungkinan yang bakal berlaku kalau lewat menukarkannya.
kalau sudah retak.. mmg perlu beri keutamaan. Malang tidak berbau..