Nilai Setitik Air

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam kawasan kediaman saya mengalami gangguan air. Agak sukar hidup tanpa air.

Inilah masanya penyesalan mula timbul kerana sebelum ini tidak menghargai air.

Saya lebih rela tiada elektrik daripada tiada air. Hujan pula agak lama sudah tidak turun. Cuaca panas dan bekalan air agak terhad di sesetengah kawasan yang masih menggunakan paip graviti dan air hujan.

Nasib baik bekalan air dah pulih seperti biasa. Nak isi air dalam tong dulu ya…

Posted from WordPress for Android

Tukar Cermin Kereta, Demi Keselamatan Bersama

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama senyap dari menulis entri baru. Banyak sebenarnya ingin saya ceritakan. Namun kesuntukan masa dan tiada peluang.

Baru sahaja lepasa solat Jumaat. Tiba di pejabat dan keaadaan sunyi. Inilah saatnya menaip entri.

Semalam saya menukar cermin depan kereta waja saya. Lama juga cermin kereta saya sudah retak. Namun saya bertangguh.

Bila dah ada sedikit rezeki dan kelapangan, akhirnya saya tukarkan jua dengan cermin baru (double layer). Keselamatan kami sekeluarga lebih penting dari segalanya.

Alang-alang dah masuk kedai kereta, saya juga memasang tinted kereta. Barulah selesa memandu.

Posted from WordPress for Android